"Abang nak bawa sayang ke sesuatu tempat. Abang rasa nilah masanya untuk kita teruskan hubungan yang lama terhenti."

loading...



"Jom."
Dia pegang tangan aku. Aku lihat wanita itu bawa Lia ke mana tu? Wanita tu nak culik anakku ke? Siapa wanita itu sebenarnya? Ayat ini selalu berulang di benakku sejak aku jumpa dia.
"Dia adik abang. Helina Suffiyah."
Ouh! Eh! Dia nak bawa aku kemana ni? Alarm kereta berbunyi. Tuju ke kereta dialah ni. Fuyoo! Chevrolet. Aku minat sangat dengan kereta ni. Nampak kacak kereta ni. Garang.
"Come."
Dia jemput masuk kereta mewah dia ni. Baca Bismillah dulu. 
Dia nak bawa aku ke mana ye? Puas aku fikir tempat kat KL yang best. Tapinya aku mana tahu.
"Abang nak bawa sayang ke sesuatu tempat. Abang rasa nilah masanya untuk kita teruskan hubungan yang lama terhenti."
Dia boleh jawab soalan aku rupanya. Nak buat lagi boleh tak? Dia faham je isi hati aku ni. Kerja apalah dia ni. Sampai suara hati aku pun dia tahu. Brilliant betul.
"Anis diam. Abang tak tahu apa isi hati Anis. Anis marah ke? Kecewa ke dengan abang. Abang tak tahu. Say something, Anis. I need your voice."
Err.. dia tak tahu isi hati aku. Tapi dia jawab. Ala.. kebetulan jelah. Apalah kau ni. Say? Say apa ye?
"Anis?"
Lembut dia panggil aku.
"Jambang."
Haa... aku dah keluar suara merdu. Merdu ke? Sakit tekak adalah. Berkaroke.
"Thanks Anis. Abang rindu. Jambang? Ada orang suka dengan jambang ni. Jadi abang simpan untuk si dia."
Si dia? Sapa? Wanita tadi tu adik dia. Bukan. Dah tu sapa? Curious dengan dia. Jambang itu hanya Lia je yang tahu aku suka pada jejaka berjambang plus janggut. Nampak matang dan kacak.
" Dia tu ialah isteri abang yang tercinta. Anis. Lia ada beritahu abang yang Anis suka lelaki berjambang. Kacakkan abang ni?"
Ouh! Tapi aku curious. Macam mana Lia kenal papa dia? Sejak bila? Sejak bila mereka berkenalan? 
"Angkat bakul ikan sendiri."
Perlahan tapi dia dengar.
"Biarlah abang angkat bakul ikan sendiri. Usaha sendiri. Macam abang dapatkan Anis. Usaha sendiri je. Tak salahkan?"
Itu yang dia cakap. Aku tak kisah. Tapi yang dikisahkan, dua benda. Dia dan Lia serta dia dan blazer kerjanya. Dia kerja ke? Tak penat?
"Awak kerja ke?"
Dia diam. Mungkin penat kot. Atau aku terlalu terhegeh-hegeh tanya dia. Dia pun bukan nak layan aku pun. Dia diam. Aku pun diam. Aku pandang tingkap sebelah aku. Sambil itu aku jeling tangan dia kat stereng. Cukup maskulin. Cukup tekun semasa memandu. Lengan baju kemeja yang dia pakai, disingsing ke siku. Kacak. Ingin sekali aku peluk dia seperti Lia. Tapi mana bisa sih.
"Why you staring at me?"
Erkk? Dia tahu? Kenapa tangan dia dah tak ada kat stereng. Cuma sebelah je. Satu lagi sibuk dengan penghadang di tengah set kerusi ni.
"Anis? Jom turun. Abang nak tunjuk sesuatu kat Anis."
"Dah sampai rupanya."
Perlahan suara aku. Rasanya hanya hati aku berbicara.
Aku lihat dia buka pintu dan aku pun cepat-cepat buka. Saat aku turun dan tutup pintu kereta, tersergam sebuah rumah. Tak. Banglo. Tak. Istana. Tak. Vila. Besar yang amat. Tinggi yang amat. Cantik yang amat. Vila siapa ni? Jatuh dari langit ke apa ni? Sapalah punya arkitek nak cipta, rangka vila macam ni. Cantik. Tu pun dapat lihat melalui lampu-lampu neon kat rumah ni.
"Come. Jangan malu-malu."
Aku ikut langkah dia. Tangan berada di lengan dia. Seperti pengantin yang melangkah masuk ke dalam dewan. Tapi aku nak masuk ke dalam vila ni. Vila sewa kot. 
"Ni rumah kita. By abang sendiri. Semuanya abang yang aturkan. Design from me and my architect. Anis can see everywhere. Abang nak masuk mandi sekejap."
Dia berlalu dan aku masih nak nyanyikan lagu Negaraku. Aku menunggu orang pasangkan lagu ni.
"Negaraku.. tanah tum.. eh! Frame gambar apa tu?"
Nyanyi dengan perlahan dan aku ternampak satu frame gambar yang cukup unik bagi aku.
Aku tak sangka dia ada gambar aku? Dia edit ke? Tak pernah aku bergambar dengan dia. Sekejap. Jubah ni, jubah aku sewaktu majlis konvokesyen aku. Dan dia turut sama memakai jubah itu. Macam mana dia boleh ada? Peliknya. Dia dah kenal aku ke masa tu? Beribu persoalan di dalam kepala aku. Betul ke ni dia? Hazril? Rasanya, dia lebih awal tamat belajar daripada aku. Hazril.. awak buat saya terasa ingin mengenali awak lebih dekat sebagaimana saya nak kenal sangat dengan awak dari dulu. Gambar lain pula aku lihat. Frame besar meletakkan aku, dia dan Lia? Lia buat apa dalam gambar tu? Ni umur Lia 3 tahun. Lia dan Hazril buat aku rasa queer sangat.
Hazril. Siapa Eymran Hazril ni sebenarnya? Bagaimana dia boleh tahu Lia wujud? Dia pasang spykah? Macam mana semua ini di luar kawalan aku terhadap penjagaan Lia? Lia.. pandai menipu mamanya sendiri. Sekecil-kecil dia, pandai
menyorok segalanya. Lia.. Lia..
Padahal aku cukup berhati-hati dalam semua hal. Pengasuh dia, aku khabarkan pada nursery supaya jangan memadai kenalkan Lia pada orang lain atau orang lain kenal Lia. Apa yang Hazril buat sebenarnya? Dia dah tahu lama ke kewujudan Hafisya Zahlia? Tapi sejak bila? Sejak lahir ke? Adakah persoalan yang sungguh curious bagi aku.. terjawab malam ini?
loading...

0 Response to ""Abang nak bawa sayang ke sesuatu tempat. Abang rasa nilah masanya untuk kita teruskan hubungan yang lama terhenti.""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close