loading...
Beberapa rakaman gambar yang tersebar di media sosial sejak petang Rabu lalu, memaparkan seorang pelajar sekolah rendah yang lengkap berpakaian baju seragam terikat di sebuah tiang, manakala beg sekolah dan botol airnya terbiar di atas lantai.
Berdasarkan gambar berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di tempat letak kereta blok kediaman sebuah pangsapuri di bandar Sunway.
Netizen mendakwa pelajar perempuan itu diikat oleh ibunya kerana enggan menghadiri kelas.
Namun, masih belum ada sebarang penjelasan sahih daripada mana-mana pihak.
Kejadian ini mencetuskan kemarahan di kalangan netizen, dengan rata-ratanya mengutuk perbuatan itu.
Menurut netizen, ini bukan satu cara yang betul untuk mendidik anak, malah perubataan ini disifatkan sebagai satu penderaan.
Ada juga yang mendesak pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan secepat mungkin.
loading...
0 Response to "ALLAH-ALLAH SAYUNYA ADIK INI DI PERLAKUKAN SEBEGINI.Foto pelajar perempuan diikat rantai besi di tiang cetus kemarahan netizen"
Post a Comment