BANG GUARD ..!!! BANG GUARD..!!! DIA BUKA PINTA TAK DE ORANG..PANGGILAN KE 3 BILA TOLEH TINGKAT 2 MASYALLAH MACAM MANA DIA BOLEH MASUK SINI PADAHAL DAH DI PAGAR DAH

loading...
BANG GUARD ..!!! BANG GUARD..!!! DIA BUKA PINTA TAK DE ORANG..PANGGILAN KE 3 BILA TOLEH TINGKAT 2 MASYALLAH MACAM MANA DIA BOLEH MASUK SINI PADAHAL DAH DI PAGAR  DAH



KISAH 1: GANGGUAN MAHKAMAH
Assalamualaikum..bila tgk ramai yg berkongsi kisah seram masing masing jd sy pn nk bercerita serba sedikit tntg kawasan kerja sy.Mgkn xbrp seram pd anda semua tp pd sy kn hadap la jgk sbb dh namanya kerja kan?selain sy pak guard pn ramai yg pernah diganggu.sy bkerja shift malam sahaja di kwsn mahkamah yg terletak di negeri pahang.Mahkamah di bina di kawasan yg dahulunya bukit.
Fhm2 jela kwsn bukit nie mmg laluan ‘dia’.Tp bila fikir niat hanya nk bkerja jd prasaan takut tu dibuang ketepi,bukan kita nk cr dia pn kan?huhu..mahkamah nie agak besar klu jalan kaki blh lelahla jgk.perking basement bertingkat2 dan kwsn ptadbiran hnya smp level 3 sahaja.semua level smp ke basement parking agak keras tp kwsn yg sering kali pekerja digangu kwsn lokap di basement paling bawah.
Nk prgi basement bawah blh mgunakan lift atau naik kenderaan sbb ada jgk office maincont di kwsn tsebut.Pengalaman sy xla seram klu nk dibandingkan dgn pak guard yg bt rondaan di setiap lavel.
Kbanyakan hanya diganggu dgn bunyi2 budak2 kecil berlari,pam tandas dipam sendiri,bunyi seretan kerusi dgn meja agak kerap berlaku dan kilasan kelibat dpn mata.Penampakan jelas susuk xpernah lagi bt masa nie,harap2 jgnla huhu..tp dr kisah2 pak guard ganguan yg biasa mereka alami masa nk bt clocking di setiap level ada yg pnh tserempak masa bt checking dlm bilik stor gelap,Telinga kena tiup dr belakang,smasa guna lift select level 1 tp lift tbuka di level 2 pdhal tingkat 2 hnya tmpt pyimpanan dokument penting mahkamah,malam malam buta xde org yg bkerja di situ lgpn suiz lampu dimatikan lps pukul 6 ptg.
Kawasan lokap sementara kerap jg anggota polis digangu dgn kelibat hitam,suara mengilai yg kuat dan pnh sekali dia nyerupai pkerja yg bt kerja baik pulih di kwsn lokap tsebut..pekerja office maincont di basement paling bawah disarankan balik sblm pkul 7.30ptg kerana slepas waktu tsebut byk gangguan yg mganggu..sy difahamkan drp cerita penduduk sekitar byk kes kematian yg berlaku smasa pembinaan mahkamah tersebut dan pbinaannya di kwsn bukit yg mbuatkan kwsn tu berpenunggu..sekian cerita sy tamat disini..support fiksyenshasha

KISAH 2: DIGANGGU BAJU PUTIH
Hai ,kisah nie terjadi bulan 4 2016 . Saya ni sorg student ipts kat shah alam , duduk pun hostel yg rumah kedai . Sebenar bulan april tahun nie genap setahun roommates saya dari terkena histeria .
berbalik cerita tadi , saya dah biasa balik lewat malam di sebab kan malam tu kuar dengan geng group utk buat assgmnt .
Balik pun dalam pkul 3 pagi , saya sorg je duduk hstel geng group lain duduk luar masa tu tak rasa apa-apa tapi bila nak naik tangga ke bilik tu tiba-tiba nmpk tin kosong jatuh dari tong sampah tpi tong smpah tu memang bersih sbb bibik hstel dh buang smpah tersebut , bila saya nk kutip tin tu , masa tu pulak nmpk depan mata “benda putih tu dgn rmbut pnjg” .tak pikir panjang trus lari naik bilik , saya pulak jenis yg penakut. Masa tu tido pun tak lena benda tu main tarik -tarik selimut
memang tidur pun tak lena tap tak tahu mcm mna boleh terlelap sngt smpai bangun pagi-pagi tengok roomates smua da p kelas .
Ingt kan benda tu da x kacau so saya beranikan diri jelah duduk sorg
Tapi benda tu pulak pegi main pulas tombol pintu smpai satu tahap saya call family kt kl mnta jemput balik kl sebab da tak kuat , petang tu family datang . kaki tiba tiba berat nk angkat nk tinggalkan bilik sbb benda tu da hampir nk masuk dalam badan tapi alhamdulillah sekarang sihat tapi da tak berani kuar malam balik lewat malam .

KISAH 3- RASUK
Salam FS.aku peminat page ni.hari2 layan cerita kat sini.aku nak kongsi cerita jugak.kalau nak cerita semua pengalaman mistik aku,memang panjanggg sampai bole buat novel.huhu.so aku cerita sikit jela.
First pengalaman aku masa sekolah menengah.ade 1 makmal kat sekolah ni yang tak pernah bukak untuk student.sebab dulu ada tuisyen malam.ade student pernah nampak sorang perempuan rambut tocang tengah cuci something dalam singki.kalau kat makmal kan semua meja ade sinki kt tengah kan.student tu tengok ape perempuan tu cuci dari tingkap yang terbuka tu.sekali perempuan tu toleh sambil angkat baby dari dalam sinki.muka perempuan tu putih melepak tapi kosong takde mata,hidung,mulut semua.berlari student tu.start tu banyak la kejadian tapi kan aku da cakap kalau cerita semua da boleh buat novel.huhu.
Satu hari tu kelas aku kena pindah sebab student tengah spm guna kelas kitorang.kelas aku pindah betol2 sebelah makmal haunted ni.makmal ni terletak paling hujung sekali berdepan dengan tangga.masa tu kelas takde cikgu.so aku dengan 3 orang lagi kawan lepak kat tangga menghadap makmal tu.tetibe datang la pulak perangai syaiton kitorang.kitorang pergi kat tingkap makmal tu lepastu cari tingkap yg boleh bukak dari luar.kitorang jengah2 la dalam tu.tetibe kawan aku sorang ni bole pulak cakap “keluarlah.kitorang nak tengok kau ni.keluarlah” sambil gelak2.tapi tak jadi ape2 pun.terus kitorang masuk kelas.
Bunyi lonceng rehat,semua keluar nak pergi kantin.budak2 kelas aku semua ikut tangga depan makmal sebab dekat sikit.aku ikut turun tangga belakang kawan aku nama ina ni.lagi 3 anak tangga nak sampai bawah tiba2 die jatuh atas kawan aku yang dekat bawah tangga.masa tu ketawa berdekah la semua kat tangga tu.tiba2 semua senyap sebab kawan aku ina ni x bangun2.dia pengsan.kitorang terus bawak masuk makmal depan tangga die jatuh tu.fyi,blok yang aku cerita ni memang semua makmal.takde kelas.kitorang baringkan die atas meja sambil sorang student ni panggil cikgu.
Aku pun terus la keluar nak pergi kantin.Lapar weyh masa tu.lagipun aku pikir takde pape la setakat pengsan je kan.ehhh boleh pulak tiba2 ina ni bangun terus histeria.hilang terus bayangan keropok lekor cicah sambal kicap makcik kantin jual.huhu.kawan2 aku pegang ina tu.cikgu da sampai dia suruh aku pergi kantin panggil pakcik kantin ni.aku berlari la pergi kantin.sampai2 je bau kerepok lekor.ahh aku terpaksa abaikan…aku cari pakcik tu then cakap cikgu panggil sebab ade student histeria.die cakap haaa ok sambil minum kopi o.ehh aku rase nak heret je dia atas jalan tar tu bio cepat sikit sampai.dipendekan cerita,bila dia sampai dekat situ,die start la baca2 lepastu dia tanya dari mana.ina ni pandang atas sambil tunjuk.sebab tingkat atas makmal yg haunted tu.pakcik tu tanya kenapa keluar kacau anak2 aku.die jawab diorang panggil aku.aku nak pergi kat diorang tapi tak boleh.
GULP! Telan air liur aku dengan kawan2 tadi.kitorang la yang panggil.kitorang diam je buat muka paling suci sekali ibarat takde dosa.huhu.tapi rasa bersalah sangat.
Lepas pakcik kantin berjaya ubatkan ina,die terus balik bilik dia kat asrama.pakcik tu sempat cakap.benda ni nak pergi kt orang yang seru dia tapi orang tu kuat semangat.habis waktu sekolah aku pun balik rumah sebab tak duduk asrama.esok pergi sekolah kecoh la dengar cerita asrama diserang histeria.start dari tu selama berbulan sekolah kitorang tak aman.ada yang tiba2 bangun menjerit2 masa perhimpunan cakap kat sebelah cikgu ade hantu badan separuh je duduk sebelah cikgu.separuh maksud die kepala terbelah dua sampai ke kaki.bersahut lagi sorang jerit dekat tengah padang ade benda berlari ke dia.macam orang excident muka hancur tu berlari pergi kat die.huru hara sekolah masa tu.dengan asrama lagi ganguan non stop.macam2 la ganguan yang diorang kena.
Ramai pelajar asrama balik kampung mak ayah ambik berubat sendiri.takkan selama nya nk duduk surau asrama kan.yela,pantang tak duduk surau start la benda tu datang.
Kawan aku yang panggil benda tu awal2 dulu kena panggil dengan cikgu displin.kaw2 kena marah.cikgu bagi 2 pilihan pindah sekolah atau buang.die pilih pindah sekolah.masa tu kami form 3.aku pun habis form 3 terus pindah masuk teknik.now ok da sekolah tu..ina tu pun pindah sekolah lepas tu.ade lagi sorang kawan aku nama lily.teruk dia kena.dari start kejadian ni dia kena rasuk smpai la mak ayah die bawak balik & keluarkan dari asrama.ok lah,nanti aku free aku cerita pulak benda2 kacau aku lepas habis sekolah sampai sekarang.kak ponti berlari kat atap la,benda menyerupai kawan aku tidur sebelah aku siap borak la,banyak lagi la.tq guys sudi baca…
HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT
loading...

0 Response to "BANG GUARD ..!!! BANG GUARD..!!! DIA BUKA PINTA TAK DE ORANG..PANGGILAN KE 3 BILA TOLEH TINGKAT 2 MASYALLAH MACAM MANA DIA BOLEH MASUK SINI PADAHAL DAH DI PAGAR DAH"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close