loading...
Agak mengejutkan bagaimana seorang jutawan kosmetik,secara tiba-tiba muncul bercerita tentang isu ekonomi.Dalam ulasan yang diterbitkan dalam laman sosial Facebook,Alif Syukri terlajak laris menyentuh mengenai kelembapan ekonomi yang melanda negara sehinggakan perniagaannya dikatakan agak terjejas.Lebih teruk lagi,beliau menggambarkan keadaan ekonomi di Thailand jauh lebih baik berbanding di Malaysia.Dalam entri yang sama,beliau turut menzahirkan perasaan sedih melihat kehidupan orang Melayu di Australia yang beliau sifatkan sebagai hamba di negara orang.Jika melihat kepada ulasan ekonomi yang beliau nyatakan,timbul persoalan,apakah kelayakan beliau untuk bercerita tentang keadaan ekonomi negara sekarang ??? Jika melihat kepada latar belakangnya pendidikannya sendiri,beliau bukanlah seorang yang cukup arif untuk mengulas tentang ekonomi.
Tanpa beliau sedar,keadaan kelembapan ekonomi yang melanda negara hari ini,turut membabitkan lebih 160 buah negara di dunia yang kesemuanya bersandarkan kepada mata wang Dollar Amerika dan keadaan pasaran minyak semasa.Hari ini,kejatuhan harga minyak mentah dunia telah menyumbang kepada kelembapan ekonomi dunia.Perkara ini tidak terkecuali dengan Malaysia di mana asas ekonomi negara masih lagi bergantung kepada hasil minyak walaupun Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi.Jika beliau mengandaikan perniagaan D’Herbsnya mengalami penurunan,pernahkah beliau melihat semula strategi perniagaannya sendiri ??? Hari ini,ramai pembeli yang berpotensi melihat keberkesanan sesuatu produk melalui pengiklanan.Jika strategi pengiklanan sendiri masih ditakuk lama dan dianggap “poyo”,sedikit demi sedikit,orang ramai mula menjauhi produk jualannya.Mentafsirkan Thailand sebagai sebuah negara yang lebih kukuh ekonominya,merupakan satu tanggapan yang silap.Dikalangan negara Asia Tenggara hari ini,Thailand merupakan antara negara yang terpaksa membuat pinjaman dalam skala besar untuk memulihkan ekonominya.
Thailand juga memerlukan semua tenaga pakarnya untuk membantu menaikkan semula ekonominya. Namun,sesuatu yang harus Alif Syukri dan semua orang faham,masih ramai lagi penduduk Thailand yang datang bekerja di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan ada antara mereka menjadi tukang masak di restoran-restoran dan hotel-hotel terkemuka.Menyentuh tentang penghijrahan sekelompok rakyat Malaysia ke Australia,semua itu dilakukan atas inisiatif sendiri.Kerajaan hari ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa iklan untuk menggalakkan rakyat negara ini berhijrah ke Australia untuk menjadi buruh kasar termasuk bekerja di ladang-ladang epal.Apa yang dilakukan oleh kelompok ini adalah pilihan mereka sendiri tanpa ada sebarang paksaan. Ini bukanlah lambang kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.Sehingga kini,rakyat Malaysia masih mampu untuk membeli belah dan hidup seperti biasa walaupun negara dan seluruh dunia hari ini mengalami kelembapan ekonomi.Jika negara ini benar-benar bermasalah,mana mungkin Alif Syukri mampu mengumpul kekayaan termasuk menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama dengan harga RM 300,000 untuk isterinya serta memiliki deretan kereta dan rumah-rumah mewah hasil daripada perniagaan kosmetiknya ??? Beliau seharusnya sedar,apa yang dinikmatinya hari ini hasil daripada penjimatan rakyat Malaysia yang membeli produknya.Sebagai seorang ahli perniagaan,beliau wajar mencari kaedah lain untuk mempelbagaikan perniagaannya. Bukan bertindak mencari Facebook dan meluahkan “kesengsaraannya” yang dilihat ramai sebagai cara untuk meraih `populariti' semata-mata.
loading...
0 Response to "FAKTA !!! LAYAKKAH #ALIFFSYUKRI @ALIFF_SYUKRI ULAS TENTANG EKONOMI MALAYSIA ???"
Post a Comment