loading...
Inilah KISAH MISTERI Yang Berlaku Sebelum CYBERJAYA Dibangunkan Yang Ramai Tak Tahu !!! | Seperti yang kita semua maklum, Cyberjaya sekarang merupakan sebuah bandar yang pesat dan membangun. Dirasmikan pada tahun 1997 oleh Tun Dr. Mahathir, Cyberjaya kini merupakan sebuah bandar siber yang mungkin dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Namun begitu, apa yang kami ingin kongsikan ialah kejadian misteri yang berlaku di tapak Cyberjaya ini sebelum dan selepas ia ditubuhkan. Meremang bulu roma masa kami dapat tahu kisah ni.
Sebelum Putrajaya & Cyberjaya ditubuhkan, seluruh kawasan ini merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor.
Menurut sumber yang kami dapat, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain, korang faham-faham lah apa yang kami maksudkan.
Hmm, kami pun musykil juga dengan apa yang dikhabarkan ini, tapi sumber yang kami peroleh ini daripada orang yang terlibat sepanjang pembikinan bandar pesat ini.
Ok sambung cerita tadi, jadi sebelum proses pembangunan dilakukan pihak yang terlibat terpaksa memanggil ustaz untuk “memindahkan” mereka ke tempat lain.
Ia supaya mereka tidak menganggu ketenteraman manusia yang akan tinggal disana nanti dan tidak dianggap sebagai ‘penceroboh’ di tempat mereka. Bagaimana mereka dipindahkan itu kami tak pasti sebab macam-macam versi yang kami dengar.
Selepas sekian lama Cyberjaya sudah dibangunkan, kita lihat bandar ini semakin pesat dan banyak syarikat luar negara dibangunkan disini. Namun, walaupun usianya sudah agak lama dan mempunyai ramai penduduk disitu, masih ada lagi cerita-cerita seram yang kami dengar.
Pada masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka, ia agak mengambil masa yang lama untuk menerima penduduk masuk di sana. Jadi, mula lah timbul cerita yang kedua-dua bandar pesat ini “berpenghuni”. Antara cerita yang kami dengar ialah:
SMK Cyberjaya
Kejadian berlaku ketika salah seorang pelajar disitu sedang mengambil gambar di surau dimana ada ‘sesuatu’ muncul dalam gambar tersebut.
Difahamkan, dua orang rakannya mengambil gambar serentak, namun hasil gambar yang mereka peroleh ada sedikit berlainan. Satu nampak normal dan satu lagi ada ‘extra’ seorang dalam gambar tersebut. Wallahualam.
Cyber 8
Selain itu, ada yang mengatakan kawasan ini agak keras. Tempat yang gelap dan anjing liar meraung-raung di situ. Beberapa kenalan kami yang bekerja disana ada juga menceritakan perkara yang sama, ada segelintir yang selalu sangat nampak kelibat ‘dia’ disitu.
Berdasarkan cerita yang kami dengar, kami berminat untuk tahu sendiri sejauh mana kesahihan bahawa Cyberjaya ini tempatnya keras atau tidak. Oleh itu, kami sendiri pergi ke sana bertanya kepada orang yang sudah lebih dari 10 tahun bekerja di Cyberjaya mengenai cerita tersebut. Ini respon yang kami terima:
Kalau cerita yang sebelum Cyberjaya dengan Putrajaya ni buka, ada lah juga dengar-dengar cerita macam tu tapi sejak saya tinggal kat sini sejak tahun 2000 macam tu tak ada lah pula jadi benda-benda aneh kat sini. Biasa je. Hampir 15 tahun saya kat sini semua ok. Tapi kalau nak diikutkan mana-mana tempat pun ada. Saya ada juga dengar-dengar pasal benda ni, tapi saya tak pernah alami sendiri. Merepeklah semua tu, Sekarang kan dah moden, orang dah tak percaya sangat.
Hmmm…bukan seorang saja tau yang kami tanya tapi ramai dan semua beri jawapan yang sama, tak benar. Cuma kami tunjukkan respon daripada orang yang sudah lama menetap disana.
Tapi kalau difikirkan balik, betul juga apa yang mak cik ni kata kan tadi, sekarang kan dah moden, lampu kat tepi jalan pun banyak. Hahahaha!
Lagi satu, kalau lah Cyberjaya ni ‘keras’ takkan lah ada syarikat multinasional macam BMW, HSBC, DHL, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola boleh beroperasi disana. KREDIT OH BULAN.
loading...
0 Response to "Inilah KISAH MISTERI Yang Berlaku Sebelum CYBERJAYA Dibangunkan Yang Ramai Tak Tahu !!! "
Post a Comment