Kalau ya pu kau tak Suka Kucing !! jangan la sampai nak Tetak Berkali-kali kucing tu.. KAu ada hati perut ke tak !! Makin kejam manusia Sekarang ..

loading...
Ditetak berkali-kali sehingga menampakkan isi daging!
TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dagingnya.
Ditetak berkali-kali sehingga menampakkan isi daging
Tidak diketahui apakah punca sebenar, kucing yang bergelar Tam itu telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberikan haiwan tersebut makanan.
Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan kepatahan tulang.
Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah ini telah membuat netizen di media sosial mengecam tindakan pelaku yang disifatkan keterlaluan.
Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, sanggupkah anda menetak haiwan tersebut sehingga ‘terburai’ seperti ini?
Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.
Menurut maklumat, Tam menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya.
loading...

0 Response to "Kalau ya pu kau tak Suka Kucing !! jangan la sampai nak Tetak Berkali-kali kucing tu.. KAu ada hati perut ke tak !! Makin kejam manusia Sekarang .."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close