NAK MASUK SYURGA BAYAR RM600 KEPADA NABI PALSU....NAUZUBILLAH!!!!...bukan orang2 biasa yang TERJEBAK...RUPA RUPANYA...

loading...


Nauzubillah!!! Kegilaan apa yang dah melanda manusia dalam dunia hari ini sampai tahap ada yang berani mengaku dirinya Nabi dan mampu memberi orang laluan untuk masuk ke syurga?

Kalau setakat ada yang Gila nak jadi Perdana Menteri tu sampai sanggup menabur fitnah dan buat dakwaan yang bukan - bukan terhadap orang lain, masih boleh lagi diterima dek akal.

Bahkan bila ada orang mengaku dirinya 'Sultan' pun kita takde rasa pelik sebab diorang ni semuanya manusia yang Gila Kuasa belaka. Tapi bila dah sampai tahap macam ni, memang Gila namanya!

Hari tu, ada yang mengaku dirinya Tuhan. Tapi akhirnya, dia diserang dengan penyakit yang tidak dapat disembuhkan sehingga ke hari ini. Sekarang, ada yang mengaku dia Nabi pulak!

Dan tak cukup setakat itu sahaja. Pengakuan oleh lelaki ini hanya semata - mata kerana nak meraih keuntungan dari pengikut - pengikut yang ditipu dengan pembohongannya. Masya Allah!

Ini semua tanda - tanda dunia dah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi malangnya, masih ada lagi manusia yang tak sedar diri dan terus alpa dengan dunia. Sampai tahap sanggup tubuh parti baru demi kepentingan Politik Peribadi diri sendiri???
 JAKARTA: Seorang lelaki yang pernah ditangkap di Jawa Barat tahun lalu kerana mengakui dirinya ‘nabi’, kembali aktif dengan ajaran sesat terbaru yang mengenakan bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada pengikutnya untuk masuk syurga.
 Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.
 Kegiatannya terbongkar apabila penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.
 Susulan itu, Abdul Muhjib ditahan semalam kerana memperdayakan masyarakat kampung dan dia kini berada di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.

loading...

0 Response to "NAK MASUK SYURGA BAYAR RM600 KEPADA NABI PALSU....NAUZUBILLAH!!!!...bukan orang2 biasa yang TERJEBAK...RUPA RUPANYA..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close