PADA AWALNYA ISTERI MUDA DR KHIR TOYO TAK NAK BANGKIT HAL RUMAHTANGGA MEREKA SETELAH BARU BEBERAPA BULAN KAHWIN,,ATAS DESAKAN KEBAHAGIAN ,MEREKA TERPAKSA

loading...
 PENDEDAHAN ISTERI KEDUA DR. KHIR TOYO MENGENAI RUMAH, CHRISTINE ZANITRAH ROMANTIK!


Bina rumah yang boleh bahagiakan... - Christine Zanitrah
Kisah dari ambang percintaan ke gerbang perkahwinan orang terkemuka biasanya disulam dengan pelbagai rencah yang menarik, begitu jua apa yang berlaku kepada Mantan Menteri Besar Selangor dari parti Barisan Nasional dahulu, Dr. Khir Toyo.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo, 51, selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah, 39, baru-baru ini.
Beliau berkahwin dengan Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan selepas tiga bulan keluar dari Penjara Kajang dan tamat tempoh parol pada Mei lalu.


Christine yang pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Utusan Malaysia sekitar dua tahun mengesahkan perkahwinan­nya dengan Mohamad Khir.
Beliau bagai­mana­pun enggan ditemubual lanjut mengenai kisah cinta dan perkenalan mereka yang membawa ke jenjang pelamin.


Menurut sumber terdekat, Christine Zanitrah telah memeluk agama Islam pada April lepas dan perkahwinan pasangan itu berlangsung dalam satu majlis di dalam negara.
“Perkahwinan kedua Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara. Christine Zanitrah me­rupakan penjawat awam di Putra­jaya,” kata sumber terdekat dengan Mohamad Khir kepada Bernama.
Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu yang memakai busana pe­ngantin rekaan pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill.


Mohamad Khir berkahwin dengan isteri pertamanya, Zaharah Kechik, 51, pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat.
Mahkamah Persekutuan pada 29 September 2015 mengekalkan hukuman setahun penjara ke atas bekas Menteri Besar Se­langor ke-13 itu selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah dihadapinya.


Jikalau berkemampuan tak apa untuk mendirikan masjid, namun berlaku adillah untuk kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga.
Adussayang Barulah Putih!
loading...

0 Response to "PADA AWALNYA ISTERI MUDA DR KHIR TOYO TAK NAK BANGKIT HAL RUMAHTANGGA MEREKA SETELAH BARU BEBERAPA BULAN KAHWIN,,ATAS DESAKAN KEBAHAGIAN ,MEREKA TERPAKSA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close