Sangka Kahwin Janda Anak Seorang..3 Bulan Kahwin HAIRAN Mak Mertua Berebut Anak,Rupanya..

loading...
Sangka Kahwin Janda Anak Seorang..3 Bulan Kahwin HAIRAN Mak Mertua Berebut Anak,Rupanya... - MALAYSIA KINII
Perkenalan kami hampir setahun kemudian bertunang dan melangsungkan perkahwinan,semasa kenal tu isteri ada baby yang dijaga,jadi aku tak kisah isteri janda anak seorang,namun pelik aku bila lepas kahwin beberapa bulan mak mertua berebut-rebut anak tu sampai kami bergaduh,terbongkar rahsia besar rupanya.......ish macam ni pun ada ka...

Sangka Kahwin Janda Anak Seorang..3 Bulan Kahwin HAIRAN Mak Mertua Berebut Anak,Rupanya… |Kawan saya ni baru saja mendirikan rumahtangga dalam 3 bulan. Sebelum ni dia kenal suami dia dalam setahun lebih kemudian tunang dan nikah. Mula-mula suami kenal kawan saya ni kawan saya ada jaga satu baby dimana baby tu adik dia sendiri tapi suami dia tak tahu itu adik dia dan kawan saya ini pun tak berterus terang siapa baby tu.
capture
Oleh sebab itu suami dia pun ingat itu anak dia tapi suami dia jenis tak kisah apa pun status dia. Sampai sekarang suami dia tak tahu itu adik dia. Kawan saya resah nak bagitau macam mana kat suami yang itu bukan anak dia. Dalam masa yang sama kawan saya tak sampai hati sebab dia dah jaga baby tu dari kecil lagi dan sayangkan baby tu macam anak sendiri memandangkan 100% kawan saya tanggung baby tu sebab mak dia ada masalah dan diluar kawasan.
Umur baby tu sekarang dah masuk 3 tahun tapi sekarang lepas saja kawan saya ini kahwin, mak kawan saya ni pulak nak ambil balik baby ni. Suami kawan ni jadi pelik,kenapa mak mertua dia asyik nak ambil anak dia sampai mereka selalu bergaduh soal anak tu,kawan saya sangat stress dengan keadaan dia. Dia sayangkan suami dan baby tu.
Berdosakah dia sebagai isteri sebab tidak berterus terang tentang status dia?? Family suami dan saudara mara suami semua ingat dia janda anak 1 padahal dia anak dara tapi kawan saya tak kisah orang cakap apa pasal dia sebab dia kata Allah lebih mengetahui dan niat dia adalah sebab nak tolong mak dia besarkan baby tu,berdosakah kawan saya? Dia risau jika dia berterus terang. Dia tak dapat lagi jumpa baby tu dan akan jadi perbalahan antara dia dan suami.
Jangan kecam ye,semua orang ada masalah sendiri kan,komen yang membantu sahaja,tq.-KRT
loading...

0 Response to "Sangka Kahwin Janda Anak Seorang..3 Bulan Kahwin HAIRAN Mak Mertua Berebut Anak,Rupanya.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close