Tahun LEPAS, saya ambil upah potong rumput dan meracun untuk kumpul RM300 bagi kos perjalanan namun kali ini, saya tawakal, InsyaAllah ada.”Ada, ada... tak dak saya tawakkal

loading...
Ada, ada... tak dak saya tawakkal

Tahun lalu, saya ambil upah potong rumput dan meracun untuk kumpul RM300 bagi kos perjalanan namun kali ini, saya tawakal, InsyaAllah ada.”Ada, ada... tak dak saya tawakkal
Kuala Lumpur: “Tahun lalu, saya ambil upah potong rumput dan meracun untuk kumpul RM300 bagi kos perjalanan namun kali ini, saya tawakal, InsyaAllah ada.”
Demikian kata Lokman Hakim Ramlee, 25, yang pernah menarik perhatian ramai tahun lalu apabila sanggup menempuh perjalanan sejauh 414 kilometer dengan menunggang motosikal Honda EX5 ke Shah Alam.
Perjalanan 14 jam itu dari Kampung Belat, Pokok Sena, Kedah ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
"Pada 30 Oktober ini saya akan lakukan perjalanan sekali lagi dan kali ini ditemani adik, Mohd Ariff Omar, 11,” katanya yang sudah bekerja sebagai Polis Bantuan dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun menurutnya, dia bercadang membawa RM400 namun masih belum ada wang sebanyak itu.
Dia tidak menyatakan memerlukan tajaan namun selepas didesak, dia seolah-olah mengakui mengharapkan ada pihak yang sudi menaja perjalanannya kali ini.
"Ada restoran ikan bakar di Sungai Petani bercadang menaja namun belum tahu sama ada dalam bentuk wang atau membaiki motosikal.
“Saya bercadang membawa bekalan tiga liter petrol tambahan, sedikit makanan dan pakaian. Selebihnya, tawakal kepada Allah SWT," kata anak keempat daripada lapan beradik itu ketika dihubungi.
Lokman Hakim berkata, dia juga akan memakai jersi pasukan Kedah ketika menunggang dan akan memulakan perjalanan pada sebelah pagi Ahad ini.
“Tahun lalu, saya buat keputusan secara spontan serta nak lakukan sesuatu yang jarang dilakukan orang.
"Banyak kenangan manis sepanjang perjalanan, termasuk ada yang bergambar dengan saya dan penyokong hijau kuning mengiringi perjalanan saya,” katanya yang akan bermalam di rumah rakan sekampung di Shah Alam.
loading...

0 Response to "Tahun LEPAS, saya ambil upah potong rumput dan meracun untuk kumpul RM300 bagi kos perjalanan namun kali ini, saya tawakal, InsyaAllah ada.”Ada, ada... tak dak saya tawakkal"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close