Sungguh menyayat hati suasana apabila si ibu menangis meratapi sekujur badan anak bongsunya yang sudah tidak bernyawa akibat dirempuh oleh sebuah treler sewaktu hendak menyeberangi jalan di pintu pagar Sekolah Kebangsan Teluk Medan, pagi tadi..


Adik Mohammad Haikal Helme, 10, berasal dari Kampung Parit Gabis Atas, dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya pada ketika itu sedang melintas jalan bersama rakan-rakannya di pintu masuk sekolah.
Mungkin arwah dan rakan-rakan menganggap keadaan jalan raya ketika itu dalam keadaan selamat kerana ketika itu terdapat seorang pengawal keselamatan yang telah menahan kenderaan untuk berhenti.
Tetapi malangnya lori treler yang membawa muatan makanan ayam tersebut langsung tidak berhenti malah meluncur laju merempuh arwah yang baru sahaja dihantar oleh ibunya ke sekolah.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth menghala ke Sungai Siput.
Ayahnya, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan perasaan sedih kehilangan anak bongsunya itu yang sangat manja dan rapat dengan ibunya.
"Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak,” katanya.



Pemandu yang memandu lori treler tersebut.