LEBIH 80 PERATUS PENGUNJUNG MUZIUM INI DALAH WANITA..TERKEJUT BILA MASUK DALAM MUZIUM INI SABIT PUN WANITA SUKA MASUK DALAM PAMERAN TUU

loading...
Muzium Zakar Terbesar Dunia Yang Terletak Di Iceland Dibuka Secara Rasmi.
Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia. 
PANDANGAN di dalam Muzium Phallological Iceland Reykjavik
"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu. 
Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium. 
Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus. 
Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon. 
Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan. 
Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. 
Sumber:- AFP | SBP
loading...

0 Response to "LEBIH 80 PERATUS PENGUNJUNG MUZIUM INI DALAH WANITA..TERKEJUT BILA MASUK DALAM MUZIUM INI SABIT PUN WANITA SUKA MASUK DALAM PAMERAN TUU"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close