PENGUMUMAN YANG AMAT GEMPAR OLEH TMJ BUAT PEMINAT BOLASEPAK MALAYSIA..HADIAH INI AMAT BERNILAI PADA PEMINAT-PEMINAT TANAH AIR

loading...


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kelmarin telah mengumumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak Astro bagi perancangan Liga Malaysia.
Menurut TMJ, pihak Astro dalam pada itu ‘akan berbincang dengan rakan kongsi berpotensi yang lain seperti FoxSports dan Telekom Malaysia bagi menguruskan Liga Malaysia’, dimana wang hasil hak penyiaran akan dibincangkan secara terus dengan pihak kelab yang bertanding.

Tambah TMJ, pengurus Liga Malaysia kini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) tidak akan menguruskan Liga Malaysia lagi, dan FAM akan hanya menjadi penjaga kepada Liga Malaysia dengan mengadakan mesyuarat setiap tiga bulan dengan peminat.
TMJ turut mengumumkan bahawa pengadil akan menjadi sebuah badan bebas dan pelantikan satu pasukan kejurulatihan dari Sepanyol akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan.
Menurut TMJ, kesemua yang beliau nyatakan diatas adalah ‘hadiah’ kepada peminat bolasepak Malaysia, namun Baginda walaubagaimanapun tidak memaklumkan bila perancangan tersebut akan bermula.
loading...

0 Response to "PENGUMUMAN YANG AMAT GEMPAR OLEH TMJ BUAT PEMINAT BOLASEPAK MALAYSIA..HADIAH INI AMAT BERNILAI PADA PEMINAT-PEMINAT TANAH AIR"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close