"Pergilah Sayang, Pergilah Nyawa, Mama Dengan Papa Redha,"...ya ALLAH BENAR BENAR SEDIH..tetiba mata aku MASUK HABUK...

loading...


Merasai nikmat melahirkan anak adalah satu anugerah yang terhebat buat seorang wanita, seorang anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kasih sayang akan terpancar kepuasan bila lahirnya anak berkenaan.

Segala kesakitan melahirkannya seolah-olah hilang apabila dapat memangku dan memberi susu pertama bayi yang dilahirkan berkenaan.

Namun, tidak semua bernasib baik, ada yang kehilangan bayi semasa masih di dalam kandungan dan ada yang 'kehilangan' bayi walaupun sudah selamat melahirkanya.

Memetik satu tulisan luahan hati seorang ibu bernama Lyza Leez di mana beliau membuat luahan apabila baru kehilangan seorang anak kecil yang baru dilahirkannya.

Jom kita baca luahan hati beliau.



Assalamualaikum baby, Mama tahu sayang dah tenang di sana. Mama dan papa doakan yang terbaik untuk kesayangan mama. Damailah dengan aman dan tenang. Tunggu kami di sana, kita akan berpimpin tangan nanti sayang. 

Semalam, 28 Julai 2016, jam 12:45 pagi, mama keluar darah ketul tetapi petang cuma keluar sikit-sikit dan pagi itu, papa hantar mama pergi 'check up' sayang. Doktor cakap, sayang okay, sihat jantung semua okay. Cuma mungkin rahim tak kuat dan mungkin terbuka sikit. Kena bedrest.

Doktor nak refer ke Hospital Sultan Ismail (HSI), tetapi doktor cakap pihak hospital pun akan suruh rest. Papa cakap, tak apalah bawa mama balik. 

"Kita balik yer sayang," 

Jangan salahkan papa, papa pun tak nak terburu-buru hantar mama ke HSI.

Balik rumah, mama rehat. Sayang tahu kan papa tapaukan kita ketam besar, belangkas dan puyuh dengan sayur. Mama makan, sayang di dalam aktif. Saya suka ye dapat makan ketam?

Memang sejak mengandung, mama jarang bagi sayang makan ketam, mama tak mengidam seafood. Dah makan, kita tidur, papa susuh berehat. Malam, kita tengok tv dengan papa dan Jack (kucing). 

29 Julai 2016 (3:15 pagi, mama pergi buang air besar. Keluar ketul-ketul tak berapa besar. Mama sambung tidur. Satu jam kemudian mama sakit perut. Nak buang air dan segalanya tetapi tak nak keluar. Mama sambung baring. Sakit kadang datang kadang hilang. 

Jam 6:30 pagi, mama kejutkan papa solat dan beritahu mama sakit perut. Bersiap-siap nak pergi ke hospital. Tak tahan sakit, mama masuk bilik D. Semakin kerap sakitnya. PErgi toilet rasa benda nak keluar tetapi tak ada. Mama baring lagi sementara doktor nak check up. 

Tak tahan, doktor pindahkan mama ke bahagian kecemasan. Sempat check heartbeat, okay. Doktor suruh kangkang, jalan sudah terbuka. Doktor pecahkan air ketuban dan 10 minit kemudian (10:25 pagi) sayang meluncur keluar dengan laju tetapi tidak menangis. Mama tak dapat tengok sayang. Mereka terus bawa sebab nak selamatkan sayang. Mama cuma nampak sipi saja. Putih dan ada rambut. Hihi.. mama suka. 

Rupanya, sayang ada di sebelah mama saja. Cuma mereka tarik tabir untuk sedaya upaya selamatkan sayang. 

Satu jam kemudian, papa masuk dan tanya. 

"Macam mana semua? Okay?" 

"Mama dah bersalin," 

Papa macam nak menangis. Mama tunjuk baby ada di sebelah. Papa pergi tengok dan kata sayang putih bersih cantik comel, hidung tinggi mancung. Papa azankan sayang. papa tak nak ambil gambar sebab sayang dah masuk tiub untuk oksigen. 

Doktor datang beritahu pada mama, nak bawa sayang pergi ke HSI sebab jantung dan pernafasan lemah dan tidak stabil. Papa ikut dan mama tinggal keseorangan. 

Tidak lama kemudian nenek pun sampai. Masa itu juga papa telefon nenek, tak telefon mama. Nenek menangis, mama dah dapat agak. Mama tunggu nenek cakap. Nurse dah datang tenangkan mama. Sayang dah tak ada. Mama pandang siling, tak keluar air mata ini. Memang mama kuat pada masa itu. 

Sayang sampai, mereka bagi sayang pada mama. Mama tak cium bukan sebab tak suka tetapi mama tak sampai hati. Mama belek segenap inci muka sayang. Betul, memang comel. Indah ciptaan Allah pada sayang. 

Doktor minta izin ambil darah sayang, takut ada kuman. Mama izinkan. Mereka mandikan dan siapkan sayang. Papa tunggu, mama pun dapat balik sekejap untuk bersama-sama mengiringi perjalanan sayang yang terakhir. 




Sayu sayang, sayu sangat-sangat. Mama tak ikut pergi ke kubur dan akhirnya mama tewas apabila papa menghulurkan sayang untuk mama cium buat pertama dan terakhir kalinya. Berakhirlah perjalanan sayang dengan mama dan papa. 

Kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Dari dalam rahim kami sayangkan sayang sampai sayang tinggalkan kami. Segalanya kami rasa dari kami tahu sayang hadir dalam hidup kami, biarlah menjadi sejarah dalam lipatan hidup kami. 

Alhamdulillah selamat semuanya. Baby boy, anak syurga. Muhammad Abdullah Roszali, pergilah sayang, pergilah nyawa, kami redha. Al-fatihah. 


Takziah kepada puan Lyza dan suami, semoga tabah, sesungguhnya anak kecil yang meninggal itu adalah salah satu syafaat kepada anda berdua di akhirat nanti.
loading...

0 Response to ""Pergilah Sayang, Pergilah Nyawa, Mama Dengan Papa Redha,"...ya ALLAH BENAR BENAR SEDIH..tetiba mata aku MASUK HABUK..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close