Siti Sarah Nafi Dakwaan Dirasuk Di Belakang Pentas GV3

loading...
Siti Sarah Nafi Dakwaan Dirasuk Di Belakang Pentas GV3


KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah, 32, menyangkal dakwaan dirinya pitam dalam kejadian di belakang pentas Gegar Vaganza (GV3) minggu lalu akibat gangguan makhluk halus.
Mstar melaporkan, Sarah menjelaskan dia keletihan dan kelaparan kerana tidak sempat menjamah makanan sebelum beraksi di pentas pada malam tersebut.
“Memang saya kena ‘rasuk’ tetapi sebab lapar kerana tidak makan sehingga saya berasa pitam, itu sahaja.
“Alhamdulillah tiada yang serius cuma saya perlu lebih menjaga pemakanan dan mengambil vitamin agar kejadian serupa tidak berulang,
“Doktor pun menasihatkan saya agar lebih banyak berehat dan jangan tertekan akibat kerja”, katanya mengulas mengenai dakwaan dia terpaksa dibawa pulang kerana dirasuk benda halus ketika berada di belakang pentas.
Sarah mengakui doktor menasihatinya supaya mendapatkan rehat yang cukup.
Dalam pada itu Sarah mengakui bahawa dia pernah mendengar tentang cerita mengenai kewujudan aktiviti paranormal di lokasi acara itu namun tidak pernah diganggu seperti mana didakwa.
“Ada saya terdengar tentang kewujudan perkara-perkara pelik tetapi Alhamdulillah tidak berlaku kepada saya seperti didakwa,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
loading...

0 Response to "Siti Sarah Nafi Dakwaan Dirasuk Di Belakang Pentas GV3"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close