[VIDEO] Berang Dengar Tangisan Tidak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali !! Gila betul sanggup buat Anak Sampai Macam ni ..

loading...

KUALA LUMPUR - Berang mendengar tangisan bayi yang tidak berhenti, seorang wanita tergamak menampar bayi dipercayai berusia 2 bulan itu sebanyak 42 kali tanpa henti.

[VIDEO] Berang Dengar Tangisan Tidak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali
[VIDEO] Berang Dengar Tangisan Tidak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali
Video tindakan kejamnya itu tersebar di media sosial namun tidak tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian, telah ditonton sebanyak 39,000 kali di laman Facebook.


Ada yang percaya bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi berkenaan, tidak kurang juga percaya wanita itu mungkin pengasuhnya.
Namun, netizen mengecam tindakan wanita itu menampar muka mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan. Mangsa yang dibaringkan di sofa dan tidak berdaya itu hanya mampu menangis diperlakukan dengan kejam seperti itu.
Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan individu yang merakam kejadian itu yang tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan perbuatan wanita berkenaan.
"Yang rakam video ini kenapa tak tolong? Tak ada hati perut ke sampai sanggup melihat bayi itu ditampar bertubi-tubi? Mohon meninggal kamu berdua!" kata Sri Puji Lestari.
"Sedih, geram dan marah tengok video ini. Apa salah dan dosa bayi ini sehingga sanggup diperlakukan seperti itu. Ini bukan manusia mahupun binatang. Ini iblis yang bertopengkan wajah manusia. Semoga kamu mendapat balasan yang setimpal!" kata Bibianah Sidin.
"Ya Allah, sampai merah muka bayi tu kena tampar. Sedihnya alahai aku tengok anak kecil ini diperlakukan seperti itu," kata Syuhada.
'Shut up now' - kata wanita itu sambil menampar mangsa berkali-kali
Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita yang tidak berperikemanusiaan itu, malah tindakan yang sama juga terhadap individu yang merakam video tersebut kerana sanggup membiarkan anak kecil itu ditampar dengan kejam. - The Reporter
sumber : www.gengviral.com
loading...

0 Response to "[VIDEO] Berang Dengar Tangisan Tidak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali !! Gila betul sanggup buat Anak Sampai Macam ni .."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close