Video: Program Cium ‘Tapak Kaki’ Nabi Terima Kecaman

loading...


TINDAKAN penganjur program “Lantunan Mahabah Rasullullah” di Kedah menjalankan aktiviti mencium dan menjunjung barangan artifak konon dikatakan berasal daripada Nabi Muhammad SAW, mengundang kritikan hebat daripada orang ramai.
sponsored ads

Program yang diadakan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar itu difahamkan mempelawa pengunjung bukan sahaja untuk melihat, malah mengucup dan menjunjung athar baginda yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Ini termasuk antaranya bekas tapak kaki, helaian rambut dan pedang baginda SAW yang dipercayai dipinjam daripada Masjid Jama’ New Delhi, India.
sponsored ads

Menerusi rakamam video berdurasi 31 saat, kelihatan beberapa individu yang bertabarruk dengan mencium replika tapak kaki buatan itu dan seolah-olah ‘bermunajat’ seketika dengan pantauan daripada penganjur.

Selain tapak kaki, turut kelihatan upacara meletakan rambut baginda di atas kepala agar mendapat pengunjung mendapat keberkatan ‘lebih’ seperti yang dicanang-canangkan dalam poster program itu.
Lebih banyak video, sila tekan like
Share kepada kawan:
loading...

0 Response to "Video: Program Cium ‘Tapak Kaki’ Nabi Terima Kecaman"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close