VIRAL "Murid Bukan Orang Gaji" Wanita DEDAH Cara Didikan Di Jepun Yang Buat Ramai KAGUM !!!

loading...
VIRAL "Murid Bukan Orang Gaji" Wanita DEDAH Cara Didikan Di Jepun Yang Buat Ramai KAGUM !!! - MALAYSIA KU BARU
VIRAL “Murid Bukan Orang Gaji” Wanita DEDAH Cara Didikan Di Jepun Yang Buat Ramai KAGUM !!! | Dalam kekecohan yang sedang berlaku hari ini mengenai “Murid Bukan Orang Gaji” (tetapi jauh di sudut hati saya benar-benar berharap ia hanyalah cakap-cakap orang sahaja atau dari seseorang yang cuba untuk mendapatkan trafik ke blog beliau), saya fikir elok juga saya berkongsi beberapa gambar yang saya ambil dari hari terbuka sekolah anak perempuan saya pada awal tahun ini (sekolah awam jepun).
jpg
Pada setiap hari kanak-kanak ini jelas melakukan lebih daripada sekadar mengelap papan hitam. Mereka membawa dulang makanan, mengemop lantai, membersihkan tandas sekolah dan banyak lagi. Tiada siapa yang mengadu dan percayalah mereka kelihatan lebih daripada gembira untuk melakukannya. Ini adalah rutin yang telah membentuk rakyat jepun kepada keadaan mereka pada hari ini.
1
2
3
4
5
6
jp
Inilah nilai-nilai positif yang kita perlu tanamkan ke dalam generasi muda kita pada peringkat awal. Jika tidak, mereka akan menjadi seperti sebahagian daripada kita rakyat Malaysia yang membuang sampah dari tingkat 5 pangsapuri, atau menyumbat tandas awam dengan tuala wanita. Wahai ibu bapa generasiku, tolonglah. Kita sekarang mempunyai tanggungjawab besar untuk membimbing generasi masa kini dan akan datang ke arah yang lebih baik. Beri ruang. Biarkan mereka belajar. Tunjukkan kepada mereka nilai-nilai yang baik. *Feel free to share. Kredit:- Maryam Huda
loading...

0 Response to "VIRAL "Murid Bukan Orang Gaji" Wanita DEDAH Cara Didikan Di Jepun Yang Buat Ramai KAGUM !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close