Wanita Menangis Dengar Remaja Lelaki 19 Tahun Pandai Buat Kuih

loading...
Wanita Menangis Dengar Remaja Lelaki 19 Tahun Pandai Buat Kuih


KUALA LUMPUR – Seorang wanita pelayar Facebook memuat naik status menangis selepas menceritakan kegigihan seorang remaja lelaki mempunyai kepakaran luar biasa membuat kuih.
Menerusi status perkongsiannya yang menjadi viral itu, wanita tersebut turut meluahkan perasaan kagumnya terhadap remaja lelaki tersebut yang sanggup bersengkang mata untuk membuat kuih.
Tambah status itu, remaja lelaki berkenaan sanggup membuat kuih selepas bekerja pada jam 12 malam untuk menghantarnya ke tujuh lokasi berbeza.
“Sudah dekat 2 minggu adik ni hantar kuih sikit-sikit pada akak. Hari ini baru sempat bertanya kepada dia.
“Terkedu akak sekejap. Menangis akak dengar dik. Tadi akak sempat rasa kuih koleh kacang yang dia buat, sedap,”tulisnya yang menceritakan bagaimana remaja tersebut menghasilkan kuih selepas seharian bekerja.
Remaja lelaki itu juga mengakui hidup seorang diri dan membuat kuih demi mengumpul wang bagi perbelanjaan harian.
Terdahulu, pelayar sempat bertanya daripada mana remaja berkenaan belajar membuat kuih, pelajar itu menjawab mempelajari beberapa jenis kuih daripada kakaknya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
loading...

0 Response to "Wanita Menangis Dengar Remaja Lelaki 19 Tahun Pandai Buat Kuih"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close