Akhirnya FaizzNur Dan Peguam Tampil Di Mahkamah. Inilah Keputusan Mahkamah Yang Ramai Orang TERTUNGGU-TUNGGU !!!

loading...
Akhirnya FaizzNur Dan Peguam Tampil Di Mahkamah. Inilah Keputusan Mahkamah Yang Ramai Orang TERTUNGGU-TUNGGU !!! | KUALA LUMPUR 21 Okt. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lalu.
image
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.
Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.
Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.
Dalam kejadian 2 Mei tahun lalu di Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri maj­lis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.
loading...

0 Response to "Akhirnya FaizzNur Dan Peguam Tampil Di Mahkamah. Inilah Keputusan Mahkamah Yang Ramai Orang TERTUNGGU-TUNGGU !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close