AMBIL KAUUU..!!! MACAMANA KAU RAGUT LEPAS TU LENGYEK LEHER WANITA TUU...!!! KAMI PULAK AKAN BUAT MACAM KAU BUAT..BIAR KAU RASA MACAMMANA SAKITNYA WANITA ITU.

loading...
Dua beradik yang dipercayai terbabit kes langgar dan ragut di Pekan Kapar 20 Oktober lalu akhirnya berjaya ditahan pihak polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, kedua-dua suspek ditahan di rumah di Rantau Panjang, Klang kira-kira 2 pagi tadi.


Difahamkan, polis turut menjumpai motosikal dan topi keledar dipercayai digunakan ketika kejadian ragut berkenaan serta beberapa barang peribadi milik mangsa di dalam rumah suspek.

"Pemeriksaan ujian air kencing suspek positif dadah jenis morfin. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun."


Dalam kejadian kira-kira 4 petang 20 Oktober lalu, wanita berusia 56 tahun sedang berjalan balik ke rumah dari Klinik Kesihatan Kapar melalui satu lorong di belakang deretan kedai di pekan Kapar sebelum didatangi motosikal dinaiki lelaki yang cuba meragut beg tangan mangsa.


Kejadian itu mengakibatkan wanita itu jatuh tertiarap, dan oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu melanggar mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.


Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari dan lutut namun berada dalam keadaan stabil.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian berhubung kejadian itu turut tersebar di laman sosial.- CARI

sumber foto: internet
loading...

0 Response to "AMBIL KAUUU..!!! MACAMANA KAU RAGUT LEPAS TU LENGYEK LEHER WANITA TUU...!!! KAMI PULAK AKAN BUAT MACAM KAU BUAT..BIAR KAU RASA MACAMMANA SAKITNYA WANITA ITU."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close