Dia Dulu2 Suka JAHANAMKAN Anak Dara Org. Apa Yg Jadi Kat Anak Perempuan Buat Dia MENYESAL !!! -

loading...

Ketika zaman muda dia, dia banyak buat onar kat orang sampai lahir byk anak luar nikah. Kemudian dia berkahwin dgn seorang isteri solehah. Ketika dia sedang menanti ajalnya akibat kanser paru2 tahap 4, dia dikejutkan dgn berita perihal anak perempuan dia pulak. Anak dia telah........... Allah Allah Allah Semoga menjadi pedoman kepada semua =(




Dia Dulu2 Suka JAHANAMKAN Anak Dara Org. Apa Yg Jadi Kat Anak Perempuan Buat Dia MENYESAL !!! | Jarang ada keluarga sudi berkongsi cerita dengan saya kisah silam mereka. Kebanyakkan ibu bapa mahu menyimpan ketat ketat kisah silam yang pernah mereka lalui. Jadi apabila anak mengandung, mereka akan cuba mencari salah orang lain tetapi tidak melihat kesilapan diri sendiri.
1
Ya lah, siapa sanggup membuka aib sendiri dan pekung di dada. Sewajarnya perlu diingat, setiap perkara berlaku mesti ada sebabnya.
“Saya tak sangka perkara ini terjadi pada anak saya. Anak saya ni slow leaner, lurus bendul selalu kita nasihat jangan kemana mana, selepas balik sekolah terus pulang ke rumah.”
“Habis tu macamana dia boleh mengandung kalau dia tidak pernah kemana mana?”
“Mungkin balasan Allah, kafarah dosa lalu ayahnya. Sekarang ayahnya sakit kanser stage 4, kanser paru paru, menunggu saat dijemput tuhan. Ayahnya memang kuat merokok. Ketika sakit inilah Allah buka rahsia. Perbuatan lampau ayahnya. Ketika saya berkahwin, saya fikir saya isteri pertamanya, dan anak anak bersama saya saja anaknya.
Kemudian kami bercerai. Saya tidak berkahwin, ayahnya pun tidak berkahwin. Tinggal sendiri selepas penat mengejar perempuan. Masa dah tenat, datang dua orang perempuan , seorang sebaya saya, seorang sebwya anak saya, tua sedikit dari anak saya. Rupanya sebelum berkahwin dengan saya, ayahnya telah mempunyai anak tidak sah taraf, hasil taburan sperma pada perempuan lain. Perempuan itu dinikahi selepas anak itu lahir. Namun tidak lama, dia ditinggalkan pulak dan berkahwin dengan saya.
Waktu saya nak ke Baitus Solehah menghantar anak saya ni, saya bagitahu anaknya telah mengandung dan mahu dia datang berjumpa dengan anak. Ayahnya relax aja, dan cakap, apa boleh buat perkara dah terjadi. Takde nampak dia susah hati atau merasa gundah seperti saya. Saya yang terasa amat berat bebanan untuk dipikul, sebaliknya ayah yang sakit sakit boleh relax jawap gitu.
Agaknya ini sumpahan orang teraniya, hari ini ko aniya anak orang, esok esok Allah balas pada anak keturanan ko. Dan benar sekali sumpahan orang itu terjadi dengan izin Allah.”
Nauzubillahimin zalik…Ya Allah jauhkan kami dari perkara mungkar ini dari terjadi ke atas diri dan keluarga kami.
Oleh itu ibu bapa budiman, muhasabah diri apabila datang suatu musibah menimpa keluarga kamu. Ingat semula masa remaja kamu dulu dulu, adakah pernah membuat orang rasa teraniya, dizalimi, atau terluka. Kadang kadang Allah balas cash masa kat dunia lagi. Allah beri peluang kamu melihat apa yang pernah kamu lakukan dahulu ke atas keluarga kamu pula. Allah beri kamu rasa kesakitan dan rasa kecewa. Itu pun jika kamu insaf dan bertaubat. Kalau takde rasa apa apa, gerun rasa hati ini, gementar rasa kalbu ini apabila masih tidak terdetik takut mati.
KREDIT FB BAITUS SOLEHAH | Muna liza binti Ismail #BaitusSolehah


loading...

0 Response to "Dia Dulu2 Suka JAHANAMKAN Anak Dara Org. Apa Yg Jadi Kat Anak Perempuan Buat Dia MENYESAL !!! - "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close