Anak ketiga daripada lima ber­adik itu perlu bersengkang mata untuk menyediakan nasi lemak pada awal pagi bagi memastikan jualannya tidak cepat basi sekali gus memberi peluang kepada pe­langgannya menikmati hidangan itu semasa masih panas.#
Menurutnya, ramai yang me­nyang­ka berniaga nasi lemak satu kerja mudah, tetapi sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal serta mental.#
“Walaupun saya hanya menjual nasi lemak bermula pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi, tetapi saya mengambil masa sepanjang hari untuk menyiapkan hidangan itu kerana saya melakukannya sendiri.#
“Pada waktu pagi sebaik sahaja selesai berniaga, saya akan membeli bahan-bahan untuk jualan esok dan rehat kira-kira sejam pada waktu tengah hari sebelum mula membuat sambal pada waktu petang.#
“Pada waktu malam saya mula menyediakan bahan untuk memasak lauk seperti ayam dan telur sebelum mula memasak nasi pada pukul 11 malam dan hanya tidur kira-kira pukul 2 pagi sebelum ba­ngun semula pada pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.#
Mengulas lanjut, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, meskipun letih tetapi dia tetap meneruskannya perniagaannya itu kerana minat dan tidak suka menyusahkan orang tuanya.#
“Alhamdulillah kini rezeki semakin lapang dan dalam sehari saya boleh menjual sehingga 150 ke 200 bungkus nasi lemak.#
“Keluarga yang pada mulanya kurang bersetuju dengan tindakan saya semakin menerima keputusan untuk berniaga walaupun ibu tetap mahu saya mempunyai kerja tetap satu hari nanti,” ujarnya.#