loading...
Assalamualaikum. Mesti korang baca tajuk atas ni ada kaitan ke dgn post “Siapa bini aku sebenarnya” tu? Sorry aku bukan bini confessor tu. Tp bila aku baca cerita dia, ada je suami isteri perahsia mcmtu. Sebab aku dah banyak dah jumpa orang2 yg dah kahwin 8 10 tahun tapi still tak kenal siapa bini or suami dia. Kalau tak, masakan la artis2 sebelum kawin , “sy dan dia serasi. Tiada rahsia antara kami berdua.” Tapi after kahwin, “sy dan dia tiada keserasian.” Nonsense~~
Aku harap cite aku ni admin iiumc terima la and kalau terima,terima ksih sgt2
So sebelum aku cite panjang berjela, aku bagi warning awal2 cite aku panjang dan 100% real story.
Aku perempuan. Oh tidakk.. Aku perempuan yang tak seberapa perempuan sangat sebab aku ni more kepada kelakian sikit perangai. Member aku banyak laki. Pendek cerita, aku sebenarnya kira mcm budak2 problem yg korang suka2 hati cop gelaran macamtu kat kitorang. Tapi mmg ye pun. Kitorang suka buat problem kadang2 tp pelajaran kitorang still tip top. Nama aku dalam geng, Jaido. So call me Jai je k.
Ok dipendekkan cerita, aku and the geng selalu jugak laa melepak layan racing kampung. Aku dgn Zack (nama samaran), mmg kamcing habehhh!! Kitorang kira mcm BFF je. Takde cintan cintun bagai. Dr kecik sampai besar aku mmg dgn dia je. Otak kitorang sekepala.
Nak dijadikan cerita, 1 malam tu, entah bila polis buat serbuan. Selalu kalau ada operasi, geng kitorang tau. Tp malam tu, entah sape yg pedajal kan kitorang ntah! Kelam kabut semua mcm lipan nak selamatkan diri. So aku naik je superbike Zack and tinggalkan superbike kesayangan aku kat situ.
Tapi entah laa. Malam tu malam paling gila! Polis merata2 dah get ready. So aku and zack taktau nak sembunyi mana sampaikan kitorang terpaksa masuk dlm rumah orang. Rumah orang tu lak tak berkunci. So selamat la ktorg berdua. Zack tarik slow2 moto dia bawak masuk rumah tu. Kitorang sembunyi kat tepi rumah tu. Entah sape punya rumah ntah. Tapi ktorg bukan nak rompak tp nak sembunyi je. Lama jugak kitorg sembunyi sebab takut gila sebab kalau mak bapak kitorg tau mmg mati! Kitorang bukan dr keluarga biasa2. Kira mak ayah ktorg ni ada pangkat and sibuk sampaikan ktorg ni dah mcm liar sikit.
Dlm sejam lebih kitorang sembunyi then dah nak cau sebab rasa mcm dah aman. Tp tiba2 lak hujan selebat2nya dgn guruh and kilat lagi. Mmg tempias la ktorg kt tepi tu. So ktorg cuba nak masuk dlm rumah tu sebab tgk mcm sunyi je. Masa bukak tu, mmg bernasib baik gila! Tak berkunci jugak. Serius ar tuan rumah ni? Rumah hantu ke ape ni?
So ktorg masuk terhendap2 semata2 tak tahan sejuk kat luar. So kitorang duk tepi pintu je. Tapi deco dlm rumah tu, pehhh cantik gila! Aku syak mcm rumah bujang. Maybe perempuan. Aku pun mengatal nak pi usha2 rumah dia. Zack lak sibuk tengok mende ntah. Masa tu around 2-3 pagi dah. Tgh asyik aku tgk bawah, tiba2 Zack tepuk belakang aku. Dia ckp dia dengar suara perempuan mengaji. Sumpah ! Merdu bacaan dia sampaikan aku yg solat pun berterabur bila dengar rasa sebak. Lama jugak aku gan Zack terpaku. Aku nampak mata zack mcm berkaca je.
Aku pun tak nak dok lama sebab rasa mcm insaf sekejap bila dengar surah yg perempuan tu baca. Tapi Zack ajak aku naik tingkat atas nak tgk siapa yg baca. Aku larang la. Kang kantoi mati aku! Tapi dia nak naik. Dia naik kat bilik paling hujung makin kuat bacaan tu. Aku follow je. Aku ni walaupun berani mcm laki, kalau gelap2 mcmni cuak jugak. So bilik perempuan tu tak berkatup. Zack pegi tolak pelahan2. Lama gila Zack tenung tp budak tu belakangkan kitorg sebab kiblat dia menghala ke sana. Aku pelik tgk si Zack ni. mmg dlm geng ktorg dia paling playboy tp takkan budak yg dia tak nampak muka pun dia nak cekau? Setakat suara je, boleh jatuh hati.
Habis je mengaji, budak tu tadah tangan sambil angkat Quran dia. Syahdu gila doa dia! Belum pernah aku dengar orang doa mcmtu. Biasa makcik2 pakcik2. Kalau budak muda, cau lincau je. Teresak2 dia doa mcm dia mohon sesuatu yg dia nak sangat dapat. Aku tak berapa dengar sebab zack je intai sorang2 dengan kuat lagi hujan kt luar tu. Kang aku tolak dia ke dalam, terjelepok dia, tak pasal2 kantoi dgn minah tu. Pastu bila nak dekat2 hujung doa budak tu, aku gn Zack kelam kabut la turun tangga.
Zack suh keluar jugak dr rumah tu walaupun hujan lebat. Dia kata redah je. So aku ikut je. Sejak dr peristiwa malam tu, Zack berubah habis weh! Makin pelik perangai dia. Dia tak banyak lepak dgn ktorg. Asal aku ajak lepak mlm, ada je alasan dia. Kat kolej takyah cakap laa. Mengelak je dari aku. Sampai aku pelik, salah aku ke psl serbuan polis semalam tu?
Aku mmg ramai kawan tp dgn dia je aku lebih selesa. Aku terasa la bila dia dah berubah sejak malam tu. So aku nekad nak follow dia. Kalau korang nak tau, detektif terbaik ialah perempuan. Dlm tempoh berapa jam je dia boleh settle kan kemelut melanda kat kepala hotak dia. So aku berjaya selesaikan kepelikan member aku tu.
Rupa2nya setiap malam dia pegi rumah perempuan yg dia dengar mengaji tu. Setiap malam dia jadi mcm penyangak semata2 nak dengar bacaan Al-Quran perempuan tu. Dia tinggalkan membe sebab budak yg dia tak kenal tu. Aku taktau kenapa tp aku risau kawan aku kena tangkap khalwat nanti. Takut jugak budak tu sorang2 je ke kt rumah. So esoknya aku tanya dia. Aku suruh dia terus terang kenapa buat aku mcmni. Apesal tak cerita je kalau ada problem.
So mcmni ayat dia yg buat aku tersentak. “Aku dah bosan jadi jahat. Sampai bila kita nak hidup mcmni. Aku nak berubah tapi aku tak kuat nak ajak kau gan geng kita yg lain. Bagi aku kenal diri aku dulu.”
Weh? Kau berubah sorang? Nak tinggalkan aku sorang2 kat jalan gelap ni? Habis apa kaitan dgn minah tu? Dia ckp dia jatuh hati masa malam tu. Hanya suara je dia dah tertarik.
Aku kesian tgk Zack sebab muka dia serabut mcm tak kenal diri dia sape. Dia lagi serabut sebab mak dia dah arrange perkahwinan dia. Biasa laa budak2 mcm ktorg ni, mak ayah mmg paksa kawin dgn pilihan hati diaorang tp mmg pilihan tu baik2 la drpd pilihan ktorg ni. Hahahaaa.
Walaupun hati aku belum terbukak lg nak berubah, tp aku cuba nak tolong dia. Esok tu aku join aktivity dia. Zack tak turun dari motor tp dia pegi park jauh sikit. Aku turun pegi rumah perempuan tu. Masa aku datang pagi, rumah tu sunyi. Puas aku tunggu sape tuan rumah nak keluar. Pastu aku nampak sorang pakcik keluar dr rumah, aku tanya la dia sape. Dia ckp dia tuan rumah. So lepas aku tanya mcm2 , dia ckp ada sorang budak perempuan yg menyewa rumah dia dgn kwn2. Tp arini dia dah keluar. Aku mintak alamat dia sebab Zack paksa2 aku lak suruh tanya mcm2 kat pakcik tu. Aku syak pakcik tu mcm curiga dgn aku sebab dia nampak aku buat mimik muka kat Zack. So dia toleh tengok ada laki2, tu dia taknak inform banyak2 kat ktorg. Yela aku tau muka aku gan Zack mmg muka mcm tak boleh percaya tapi cover2 la sikit muka tu pakcik.
Settle je urusan dgn pakcik tu, aku inform Zack semuanya. Zack mcm frust gila tak dpt tau alamat perempuan tu. Aku pulak naik tension. Zack bukan kenal pun perempuan tu mcmmana tapi beriya nak cari girl tu jadahnyee!
So lepas sebulan gitu ktorg final, semua bawak haluan masing2. Sebelum balik, sempat jugak mak bapak zack jemput ktorg dtg majlis zack nti. Aku tgk muka zack mcm kelam je.
Ok aku pendekkan lg terus smpai wedding Zack. Masa aku datang, aku tgk Zack macam mati anak je muka. Aku nak tegur pun tak berani. Tapi aku sempat jugak bagi nasihat supaya dia jalankan tangggungjwab sbgai suami dgn sebaiknya. Bini dia cantik, lembut je orangnya. Dia layan je ktorg geng2 yg ala2 mcm black metal ni sb dia tau ktorg kawan2 suami dia.
Dlm sebulan kawin tu, Zack selalu lepak dgn ktorg. Aku mula2 syok la sebab Zack dah ok and nak lepak balik dgn ktorg. Tp aku lupa dia dah anak isteri. Bila aku tersedar tu, aku marah jugak la asal dia tak pernah lekat kat umah. Kesian bini dia. Dia ckp sepanjang dia kawin, dia tak penah tido sekatil, tak penah tido sebilik, balik rumah pun kalau mak bapak dia dtg lawat je. Selebihnya dia tido rumah Apak (membe laki aku). Aku marah gila2 kat Apak sb tak gtau selama ni Zack tido umah dia.
So sejak dr gaduh besar ktorg mlm tu, masing2 dah mula bawak ego masing2. Nk dkt setahun aku tak contact Zack ke Apak ke and geng2 aku. Sebab aku rasa mcm aku pun mcm dah nak mula insaf.
1 hari tu zack call aku ckp nak jumpa. Aku pun mmg rindu kot kt membe. Aku ikut je. Biasa la kawan2. Sekejap je lupa masalah.
Dia ajak lepak tempat biasa. Aku tgk dia happy gila. Aku pun tertanya2 la, dia ceraikan bini dia ke? Dia dah jumpa minah mengaji sedap tu ke? Mcm2 soalan aku. Zack buat lekk je minum kopi. Aku lak paksa2 suruh dia cite. Last sekali baru dia bukak mulut.
“Aku dah jumpa perempuan yg bukakkan pintu hati aku tu.” Tersembur air kt mulut aku! Aku dah gak! Pehh kesian la bini dia nanti. Aku tau sangat perangai zack ni. Dia kalau nak, mmg dia cari sampai dpt. Sampaikan yg ada depan mata pun dia boleh tolak ketepi. Aku yg mmg dah insaf ni, mcm terkilan. Taktau la naluri keperempuanan tu dah ada sikit kt diri aku ke ape. Asik touching jee kalau benda2 sentimental cmni.
Pastu aku angkat kaki nak blah. Aku xnak tergolong dlm org yg termasuk dlm kes cerai berai ni. Barai weh otak aku. Serabut! Emo pun ada. Zack tahan aku suruh dengar. Aku rasa mcm cite tamil dah lakonan aku gn zack masa tu.
Pastu Zack ckp ,”sebenarnya bini aku tu perempuan yg aku nakkan tu.”
Terlopong mulut aku. Adakah ini cinta? Ehh. Adakah ini takdir hidup kawan aku ni? Serius lah?
Dia kata, sejak gaduh besar tu ,Apak tak kasi tido rumah dia lg. So mlm2 dia tido kt rumah dia. Tp still tak berborak or dok sebilik dgn bini dia. Tp malam2 bini dia selalu bangun tahajud and mengaji. Alunan dia, member aku ckp sebijik mcm perempuan kt rumah tu.
Allah!! Lagi aku sebak. Aku rasa roh kewanitaan dah mula masuk dlm diri aku. Aku menagis beriya. Menagis sebab tgk kawan aku gembira dan menagis sebab tgk keajaiban kuasa Allah buat orang2 mcm kami ni. Mcm2 cara Allah kirimkan utk kami berubah. Zack berubah lepas dengar suara perempuan mengaji, aku berubah lepas Zack kawin, membe2 aku yg lain pun banyak dah berubah.
Yela. Sampai bila kami nak hidup dlm dosa? Zack dah kawin and sejak dia tau bini dia tu la perempuan yg dia suka dulu tu, dia lagi banyak berubah dan dekatkan diri dgn Allah. Selalu jugak aku nampak dia solat kat masjid.
Sejuk je perut aku tgk. eh ehh! Ahh tak kisah la perut sape yg sejuk. Tp aku rasa kisah Zack ni paling sweet yg penah aku tgk secara live!
Buat kawan aku Zack and bini dia Sumaiyyah, aku doakan perkahwinan korang kekal hingga ke anak cucu. Terima kasih Sumaiyyah sebab berjaya bukakkan pintu hati membe aku. Kalau aku ada anak, aku nak letak nama kau sebab nama kau pun sedap jugak . And aku rasa nama tu mcm nama zaman nabi. Entah laa aku masih lg menuntut agama dgn ustaz.
Ustaz? Hehe. Doakan ada rezeki aku lak naik pelamin ye. Aku segan nak cite pasal aku, tp aku suka dgn cite Zack. Aku kongsi sebab aku nak korang tau, budak2 liar mcm kami ni,teruk mcm mana pun hinaan dan caci maki kami terima dr kalian, Allah masih sayang dan hantar manusia2 yg baik utk paut tgn kami dr terus tergelincir masuk ke neraka. Tp kalian2 yg menghina kami seolah2 confirm2 masuk syurga tu, aku tgk ada yg dah terpelanting semula kata2 dia kt diri dia sendiri. Aku malas nak cite. Nti korg stress data korang abis sb cite aku.
Ok tu je dr aku.
loading...
0 Response to "'Sebenarnya Bini Aku tu Perempuan yang Aku Nakkan Tu'"
Post a Comment