Masya Allah !! inilah Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru...

loading...

Johor Bahru: Polis mengesahkan mengesahkan enam mangsa terkorban dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru
Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa melecur 80 peratus pada tubuh dan sedang di rawat di hospital berkenaan.


Katanya, ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad terbabit dan mereka dibantu lapan kakitangan hospital.
“Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan enam pesakit termasuk empat perempuan dan dua lelaki ditemui mati akibat terperangkap di dalam wad itu.
Berikut kronologi kebakaran di Hospital HSA
1.Pada 25/10/2016 jam lebih kurang 9.00 pagi DCC Selatan telah terima panggilan dari MERS mengatakan ada kebakaran di Hospital HSA. (A1) jadikan maklumat ini sebagai maklumat pertama.
2.10.20 Bomban dan penyelamat masih memadamkan kebakaran,Pihak POLIS, BOMBA dan APM telah berada di tempat kejadian dalam usaha mengawal dan menyelamat kesemua orang awam, staf dan pesakit yang berada di Hospital.
3.Antara jumlah dan tempat yang terlibat dalam kejadian ini adalah :
Wad ICU : Pesakit 22 org (selamat) Staf 41 org (selamat)
Timur 2 : Pesakit 23 org (selamat) Staf 10 org (selamat)
Barat 2 : Pesakit 44 org (selamat) Staf 17 org (selamat)
Timur 3 : Pesakit 70 org (selamat) Staf 16 org (selamat)
Barat 3 : Pesakit 45 org (selamat) Staf 11 org (selamat)
Barat 4 : Pesakit 64 org (selamat) Staf 14 org (selamat)
Dewan Bedah : Pesakit 7 org (selamat) Staf 71 org (selamat)
Timur 4 : Pesakit 12 org (selamat) Staf 4 org (selamat)
OW 1st Class Wad : 9 org (selamat) Staf 7 org (selamat)
Timur 5 : Pesakit 23 org (selamat) Staf 11 org (selamat)
4.11.30 penolong pengarah bagian kebombaan dan operasi Mohd Rizal Buang sahkan api sudah dipadamkan.dan 6 mayat mangsa kebakaran berjaya dibawa turun.
5.Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HSA menaiki lori Hospital pada jam 11.36 pagi setelah mengenal pasti identiti mangsa dan gambar telah diambil oleh pihak D6 dan Forensik.
6.Dalam kejadian ini tiada sebarang unsur khianat dan unsur sabotaj, dipercayai punca kejadian akibat litar pintas
7.12.05-12.27 bangunan blok utama sudah dikosongkan dan pesakit dipindahkan ke hospital sultan ismail.
8.1.02 petang .Raja Permaisuri johor Raja Zarith Sofia Melawat mangsa
9.1.51-1.58 petang.Sultan johor,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melawat mangsa,sementara Pada jam 1.58 petang JKM agih 500 bungkus makanan dan minuman kepada pesakit dan kaki tangan.
10 Identiti ke enam mangsa.
loading...

0 Response to "Masya Allah !! inilah Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close