[TERKINI] Pelajar turut dibawa ke kubur Kristian dan diarah duduk sebelah potret si mati

loading...


Tak cukup dengan ular, budak2 ni dibawa pulak ke kubur Kristian pagi2 buta dan kena duduk dengan potret si mati. Weh ngeri gila!


Selepas video modul ular menjadi viral, para pelajar mendedahkan lebih banyak cerita yang kurang enak sepanjang menghadiri Kem Pembentukan Jati Diri di Kuala Kangsar, Perak.
Seorang peserta perempuan berusia 12 tahun memberitahu Astro Awani bahawa dia bersama pelajar lain telah dikejutkan dari tidur oleh jurulatih Pasukan Pertahanan Awam (APM) Perak dan diperintah untuk berarak ke tanah perkuburan Kristian pada jam 2 pagi.
"Jurulatih itu berkata kami semua akan dibawa ke tanah perkuburan. Peserta yang dibawa ke tanah perkuburan Kristian diarah untuk duduk di sebelah gambar si mati, manakala peserta yang dibawa ke tanah perkuburan Islam pula perlu memegang batu nisan.
"Saya menangis ketakutan dan pengalaman itu benar-benar menghantui saya walau selepas kursus berakhir," kata murid SK Beluru yang tidak mahu dikenali.
says.com
loading...

0 Response to "[TERKINI] Pelajar turut dibawa ke kubur Kristian dan diarah duduk sebelah potret si mati"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close