Inilah RAHSIA Disebalik Lukisan BERGELORA Yang Ramai TAK TAHU !!!

loading...
Inilah RAHSIA Disebalik Lukisan BERGELORA Yang Ramai TAK TAHU !!! - MALAYSIA KU BARU
Inilah RAHSIA Disebalik Lukisan BERGELORA Yang Ramai TAK TAHU !!! | Salah satu cabaran sukar yang dihadapi oleh ahli fizik adalah menjelaskan tentang pergerakan ‘turbulence’ (gelora) dalam subjek ‘Fluid Dynamics’. ‘Fluid’ merujuk udara dan air. ‘Dynamics’ pula merujuk pada gerakan. Sehinggakan Werner Heisenberg sendiri menyatakan, “Apabila saya jumpa Tuhan, saya mahu tanyakan kepada Dia dua soalan. Pertamanya kenapa relativiti. Keduanya, kenapa gelora. Saya pasti dia ada jawapan untuk soalan pertama.”
vincent
Nak beritahu rumitnya untuk memahami fenomena gelora. Tetapi fenomena tersebut dapat difahami dan dijelaskan melalui seni lukisan Van Gogh. Saya ambil salah satu contoh lukisannya, iaitu ‘Starry at Night’. Pada Jun 1889, Van Gogh telah melukis sebuah pemandangan sebelum matahari terbit di rumah sakit mental Saint Paul de Mausole. Dia dimasukkan ke situ sebab mengaku mencacatkan telinganya sendiri. Pada hari itu, terhasillah lukisan seperti yang ditunjukkan pada gambar.
Van Gogh menggambarkan cahaya berbeza daripada artis-artis lain. Terdapat bahagian paling primitif pada ‘visual cortex’ (otak) mampu memproses kilauan dan pergerakan cahaya. Warna cahaya yang berbeza akan bergabung seperti gelora (akibat gerakan) apabila cahaya berbeza tersebut mempunyai kilauan yang sama. Tetapi bahagian utama otak kita melihat cahaya tersebut tidak bergabung walaupun mempunyai kilaun yang sama. Melihat cahaya yang saya maksudkan di sini adalah kita dapat melihat objek kerana pantulan cahaya. Jadi, cahaya yang diproses oleh otak Van Gogh agak berbeza daripada kebanyakan manusia.
15073519_558713077656055_1670537060613542799_n
Van Gogh melihat cahaya menggunakan kedua-dua bahagian otak tersebut lalu terhasillah gelora pada lukisannya yang menggambarkan gerakan cahaya dan imej yang agak tak stabil dan pelik. 60 tahun kemudian, Andrey Kolmogorov, ahli matematik, mengusulkan teori matematik dalam menjelaskan fenomena gelora, tetapi masih tidak lengkap untuk memahami fenomena tersebut sepenuhnya.
Pada tahun 2004, dengan menggunakan teleskop Hubble, saintis telah memerhati pusaran gas dan debu angkasa. Lalu, ia mengingatkan kepada mereka tentang lukisan ‘Starry at Night’ oleh Van Gogh. Kemudian, ia menjadi motivasi kepada saintis untuk mengkaji lukisan Van Gogh dengan lebih mendalam.
loving-vincent-vangogh-animated-oil-painting-movie-breakthru-trademark-films-fb__700-png
Mereka menemui, tedapat hampir persamaan struktur corak aliran pusaran pada lukisan Van Gogh dengan persamaan matematik Kolmogorov. Kemudian, saintis mendigitalkan lukisan tersebut, lalu mereka menemui pusaran dan geloran pada lukisan Van Gogh menyamai prinsip gelora yang digambarkan oleh ahli fizik.
Lukisan pusaran Van Gogh agak unik. Ada juga lukisan terkenal yang bertema gelora dan pusaran seperti lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch, tetapi ia langsung tidak mempunyai persamaan dengan fenomena gelora alam. Van Gogh bukan sahaja memberikan sumbangan dalam bidang seni, malah dalam bidang sains juga kerana keunikan otak dalam memproses pantulan cahaya.
loading...

0 Response to "Inilah RAHSIA Disebalik Lukisan BERGELORA Yang Ramai TAK TAHU !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close