NALURI KEIBUAN SANGGUP CULIK ANAK ORANG..TERSENTUH BILA BACA KISAH PASANGAN INI BILA MENDAPAT SIMPATI RAMAI ATAS PERBUATAN MEREKA..

loading...


Punca Suami Isteri Culik Bayi Buatkan Ramai Tersentuh
ikoks
Punca Suami Isteri Culik Bayi Buatkan Ramai Tersentuh|Sepasang suami isteri yang disyaki terdesak untuk memiliki cahaya mata membuat tindakan nekad mencuri seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, suspek lelaki, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa kepada bayi itu dan mengikuti semua prosedur membawa keluar anak dari hospital berjaya me­larikan bayi berkenaan.
Isteri mekanik terbabit yang berusia 23 tahun itu dikatakan kerap berlegar-legar di kawasan wad kanak-kanak itu sejak beberapa hari lalu dan berlagak seperti seorang wanita baru bersalin dengan memakai baju berlengan panjang dan bersto­king panjang.
Setiap kali ditegur pengawal di hospital itu, wanita terbabit memberi alasan katil di wad tidak cukup dan dia datang me­lawat bayi yang didakwa dilahirkan pada 8 November lalu.
Tindakan suami isteri yang mencuri bayi yang bakal diberi nama Nur Amyra Sofea Mohd. Ihtisyamuddin oleh keluarganya mencetuskan suasana kecoh di hospital itu.
Nur Amyra berjaya dicuri mekanik itu dan isterinya selepas membayar bil hospital sebanyak RM20.50.
Ketua Polis Daerah Tanah Me­rah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad (gambar kecil) berkata, kehilangan bayi itu disedari bapa mangsa, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, yang mahu melawat anaknya pada pukul 9 malam.
Namun, peniaga makanan itu terkejut kerana anaknya tiada di wad manakala isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, pula sedang menangis setelah anak bongsu daripada dua beradik itu hilang.
Bagaimanapun ketika di serbu polis di kediamannya, wanita yang menculik seorang bayi pe­rempuan itu dilihat murung,nampak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Bayi mama tidur atas katil dalam bilik,” jawab wanita berkenaan yang mengalami keguguran cahaya mata pertama pada Jun lalu dalam nada bersahaja ketika disoal pihak polis di mana lokasi bayi berusia lima hari tersebut.
Baca lagi:
loading...

0 Response to "NALURI KEIBUAN SANGGUP CULIK ANAK ORANG..TERSENTUH BILA BACA KISAH PASANGAN INI BILA MENDAPAT SIMPATI RAMAI ATAS PERBUATAN MEREKA.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close