loading...
AARON Aziz bersama isteri dan anaknya.
KUALA LUMPUR: Pemenang dua kali gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Aaron Aziz, 40, bakal membawa isteri dan anaknya menunaikan umrah pada November depan.
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci lebih bermakna dengan kehadiran anak, sekali gus mempersiapkan mereka untuk ibadat haji.
"Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami.
"Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pratonton barangan kulit jenama Lacoste di Pavilion, di sini, hari ini.
Aaron yang berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9, dan Dahlia Arissa, 5.
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, pelakon yang popular dengan siri Tuan Anas Mikael itu baharu menamatkan penggambaran drama untuk sebuah saluran televisyen di Singapura.
"Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran.
"Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya," kata Aaron yang kini dapat disaksikan lakonannya menerusi filem aksi komedi Hong Kong, Special Female Force.
loading...
0 Response to "SYUKUR ALHAMDULILLAH..AARON MEMANG KAU HEBAT DAH TIGA KALI KAU BUAT MACAM NIE DEKAT ISTERI DAN ANAK KAU ..KAU MEMANG HEBAT"
Post a Comment