Edisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar!

loading...
Gambar Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli
Gambar Palsu Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli Tersebar. Al-Fatihah buat seluruh umat islam yang terkorban dalam tragedi Mekah beberapa hari yang lalu. Disebalik kejadian yang sungguh menyayat hati ini, pelbagai pengajaran yang kita boleh dapat melalui ujian besar Allah SWT ini.

Namun begitu, Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan ternyata kecewa dengan tersebarnya gambar palsu di kebanyakan laman sosial terutama melalui aplikasi Whatsapp dan laman Facebook.
Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan.
"Semasa ayah saya berada di hospital di Mekah, dia telah cuba mengambil gambar arwah kakak namun telah dihalang oleh kakitangan hospital inikan pula gambar arwah hendak dikebumikan kerana prosuder di tempat pengebumian lagi ketat dari hospital."
"Saya rasa amat kecewa dan risau dengan penyiaran gambar-gambar ini kerana takut akan menimbulkan perlbagai masalah lain di masa depan," katanya yang nyata terkilan dengan perkara ini.
Amalludin juga memberitahu selain gambar itu dia juga mendapat satu lagi gambar lain berita palsu mengenai arwah di laman sosial.
"Selain gambar kononnya jenazah arwah kakak saya tersenyum itu ada lagi satu berita dan gambar palsu mengenai arwah iaitu tersebar gambar kononnya gambar arwah kakak saya semasa dijumpai ditempat kejadian di mana mayatnya sedang sujud."
"Itu bukanlah kakak saya, saya sudah menghubungi pihak tabung haji untuk mengetahui tentang hal ini." cerita beliau dengan nada kecewa.
Beliau meminta kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu ini kerana ia sama sekali tidak benar.
Sumber: SiakapKel
loading...

0 Response to "Edisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close