Video : LELAKI INI DI SERET HINGGA MATI..MEMANG PATUT MATI LELAKI INI TELAH MUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK PEREMPUAN 4 TAHUN..SEHINGGA TRAUMA

loading...
Video : Padah Rogol Budak Perempuan 4 Tahun, Lelaki Ini DiSeret Hingga Mati
Bolivia - Seorang lelaki yang dituduh merogol serta membunuh seorang budak perempuan berusia empat tahun dibelasah sebelum digantung sampai mati di khalayak ramai oleh penduduk kampung.

Lelaki didakwa fidofilia itu ditangkap di Reyes, utara Bolivia selepas polis menemui mayat kanak-kanak berkenaan beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, penduduk kampung yang marah dengan kejadian itu tidak sabar menunggu proses keadilan dan mengambil keputusan menjatuhkan sendiri hukuman terhadapnya.
Sekumpulan orang ramai menyerbu balai polis, tempat dia ditahan sebelum mengheretnya keluar ke jalan raya dan menggantungnya pada pokok.
Rakaman video menunjukkan kumpulan itu memecah masuk ke lokap balai berkenaan dan mengheret lelaki itu keluar.


Mereka juga memukulnya berulang kali. Keseluruhan kejadian mengambil masa hanya beberapa minit.
Polis tidak berupaya menghalang tindakan penduduk kampung kerana tidak ramai yang bertugas ketika itu.
Mangsa berusia empat tahun bukan penduduk tempatan, sebaliknya datang bersama ibu bapanya untuk pengebumian neneknya.
Pengarah Pasukan Khas Menentang Jenayah, Ivan Zambrana berkata: “Mayat mangsa dan lelaki terbabit sudah dihantar Palos Blancos, berhampiran La Paz.
Belum ada sesiapa ditahan kerana kejadian itu, dan polis masih menyoal siasat penduduk tempatan selain menggunakan video yang tersebar di media sosial untuk menyelesaikan kes berkenaan. - Agensi/MyMetro
loading...

0 Response to "Video : LELAKI INI DI SERET HINGGA MATI..MEMANG PATUT MATI LELAKI INI TELAH MUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK PEREMPUAN 4 TAHUN..SEHINGGA TRAUMA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close